Soalan:
Pelanggan ada bertanya berkenaan masalah ini. Kabel VGA yang dipasang pada graphic card tidak memaparkan apa-apa pada monitor. Tetapi kabel VGA yang dipasang pada mobo (motherboard) ada paparan pada monitor. Tetapi dia ada WhatsApp semula saya yang kadang-kadang graphic card berfungsi dan kadang-kadang tidak berfungsi. Jadi ini solusi saya.Assalamualaikum dan hai.
Hari ini saya akan berkongsi cara mahu membaiki graphic card yang berhenti berfungsi. Tapi ini sekadar cara saya baiki dan sedikit tunjuk ajar daripada pakar atau sensei berkenaan masalah ini. Bahasa yang saya akan gunakan agak baku sebab saya mahu menggunakan apps translator yang ada pada blog ini berfungsi dan mudah untuk diterjemahkan dalam pelbagai bahasa. Admin ni kurang pandai bebahasa Inggeris. Saya boleh menulis dalam bahasa Inggeris tapi nanti merapu pula. Okey, jom mulakan tutorial kita!
Pertama sekali sediakan pemadam pensil dan sebatang berus lukisan atau berus gigi pun sudah memadai. Kemudian buka penutup casing dan cabut power supply pada graphic card dahulu. Tekan klip dan tarik perlahan-lahan.
Kemudian, tanggalkan segala skru yang ada yang menghalang untuk menanggalkan graphic card. Sesetengah casing pakai klip pada bahagian ini. Jadi, buka klip itu untuk mengeluarkan graphic card nanti.
Selepas sudah menanggalkan semua skru, sesetengah graphic card mempunyai pemegang seperti dalam gambar dibawah.
Admin hanya menggunakan GTX550TI. Jadi ini cara mahu menanggalkan GTX550TI.
- Pegang dengan dua jari pada bahagian seperti dalam gambar diatas. Tarik ke arah kanan anda.
- Graphic card akan tersangkut pada pemegang slot. Tekan pemegang slot itu ke bawah dengan ibu jari anda dan tarik graphic card dengan dua belah tangan ke atas. Tarik dan memegang hanya pada board.
Selepas dah cabut graphic card, ambil pemadam pensil dan gosok pada bahagian kaki graphic card - depan dan belakang.
Gunakan berus untuk menggosok bahagian slot graphic card.
Akhir sekali, anda hanya perlu memasang semula semua komponen dan hidupkan PC. Jika terdapat paparan pada monitor, TAHNIAH!!!
Tekan pada bahagian board sahaja untuk mengunci kad tu pada tempat asalnya. |
Mengapa masalah tersebut masih terjadi setelah pembersihan dilakukan?
Saya mempunyai beberapa pendapat yang menyebabkan masalah ini berulang:
- Jika anda ada kucing/anjing di rumah,
buang semua kucing/anjing yang anda punyai,pasang pembersih udara untuk menyedut bulu kucing/anjing yang berguguran. Alat ini juga berguna untuk menyedut habuk halus. - Cara paling murah, habuk-habuk di dalam PC hendaklah dibersihkan menggunakan penyedut vakum. Segala bahagian yang mempunyai kipas, wajib divakum sehingga bersih. Gosok dengan berus pada bahagian yang sukar dicapai oleh nozel vakum. Kawasan untuk meletakkan CPU pun harus divakum.
- Andai tiada juga paparan walaupun sudah menggunakan port yang lain pada graphic card. Saya sarankan beli yang baru atau dibaikpulih.
ENJOY!
bro klu gigi chip dia dh tercabut satu stil bleh guna lagi ke ?
ReplyDeleteMaaf lambat balas...
DeleteBoleh tu boleh... tapi tak digalakkan atas sebab-sebab berikut:
Litar pintas
Kesalahan perisian
Merosakkan perkakasan lain di atas motherboard
Overclocking
Terlalu panas
dan lain-lain.
Pin slot yang tercabut ni akan menyebabkan "Kad ini kadangkala tidak dapat dikesan di slot dan berhenti bekerja secara rawak"
Jadi, apa yang saya boleh lakukan?
Saya tidak tahu bagaimana ini berlaku! Tetapi jika ia tidak disebabkan oleh anda (mungkin tindakan ganas atau kesalahan menggunakan tanpa kita sedar) maka itu adalah kesalahan yang disebabkan oleh pengeluar. Jadi jika anda masih mempunyai warrenty pada kad grafik anda, pci / pcie-slot atau apa sahaja yang saya akan hantar kepada pengeluar untuk membetulkan kerosakan ini!
Walau bagaimanapun, jika anda tidak mempunyai warrenty atau jika anda mengaku itu salah anda, anda perlu menghantar gpu kepada pengeluar atau mana-mana bengkel teknikal untuk membaikinya. Tetapi anda perlu membayar untuk itu. Jadi jika harga pembaikan terlalu mahal, anda harus memikirkan untuk membeli kad grafik baru ;-)