Soalan:
Pelanggan ada bertanya berkenaan masalah ini. Kabel
VGA yang dipasang pada
graphic card tidak memaparkan apa-apa pada
monitor. Tetapi kabel
VGA yang dipasang pada
mobo (
motherboard) ada paparan pada
monitor. Tetapi dia ada WhatsApp semula saya yang kadang-kadang graphic card berfungsi dan kadang-kadang tidak berfungsi. Jadi ini solusi saya.
Assalamualaikum dan hai.
Hari ini saya akan berkongsi cara mahu membaiki
graphic card yang berhenti berfungsi. Tapi ini sekadar cara saya baiki dan sedikit tunjuk ajar daripada pakar atau
sensei berkenaan masalah ini. Bahasa yang saya akan gunakan agak baku sebab saya mahu menggunakan
apps translator yang ada pada blog ini berfungsi dan mudah untuk diterjemahkan dalam pelbagai bahasa. Admin ni kurang pandai bebahasa Inggeris. Saya boleh menulis dalam bahasa Inggeris tapi nanti merapu pula. Okey, jom mulakan tutorial kita!
Pertama sekali sediakan
pemadam pensil dan sebatang
berus lukisan atau
berus gigi pun sudah memadai. Kemudian buka penutup casing dan cabut
power supply pada
graphic card dahulu. Tekan klip dan tarik perlahan-lahan.
Kemudian, tanggalkan segala skru yang ada yang menghalang untuk menanggalkan
graphic card. Sesetengah
casing pakai klip pada bahagian ini. Jadi, buka klip itu untuk mengeluarkan
graphic card nanti.
Selepas sudah menanggalkan semua skru, sesetengah
graphic card mempunyai pemegang seperti dalam gambar dibawah.
Admin hanya menggunakan GTX550TI. Jadi ini cara mahu menanggalkan GTX550TI.
- Pegang dengan dua jari pada bahagian seperti dalam gambar diatas. Tarik ke arah kanan anda.
- Graphic card akan tersangkut pada pemegang slot. Tekan pemegang slot itu ke bawah dengan ibu jari anda dan tarik graphic card dengan dua belah tangan ke atas. Tarik dan memegang hanya pada board.
Selepas dah cabut
graphic card, ambil pemadam pensil dan gosok pada bahagian kaki
graphic card - depan dan belakang.
Gunakan berus untuk menggosok bahagian slot
graphic card.
Akhir sekali, anda hanya perlu memasang semula semua komponen dan hidupkan PC. Jika terdapat paparan pada
monitor, TAHNIAH!!!
|
Tekan pada bahagian board sahaja untuk mengunci kad tu pada tempat asalnya. |
Mengapa masalah tersebut masih terjadi setelah pembersihan dilakukan?
Saya mempunyai beberapa pendapat yang menyebabkan masalah ini berulang:
- Jika anda ada kucing/anjing di rumah,
buang semua kucing/anjing yang anda punyai, pasang pembersih udara untuk menyedut bulu kucing/anjing yang berguguran. Alat ini juga berguna untuk menyedut habuk halus.
- Cara paling murah, habuk-habuk di dalam PC hendaklah dibersihkan menggunakan penyedut vakum. Segala bahagian yang mempunyai kipas, wajib divakum sehingga bersih. Gosok dengan berus pada bahagian yang sukar dicapai oleh nozel vakum. Kawasan untuk meletakkan CPU pun harus divakum.
- Andai tiada juga paparan walaupun sudah menggunakan port yang lain pada graphic card. Saya sarankan beli yang baru atau dibaikpulih.
ENJOY!